Tuesday, June 24, 2008

asal-usul solat...

>>SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s.,
iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara
pertama yang di lihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang
amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s.pun
bersembahyang dua rakaat.
> Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan
malam.
> Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

>>ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim
a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar
menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada
waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
> Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
> Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga
anaknya.
> Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
> Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan
kibas.

>>ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.
tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun
telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah
masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat
rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4
kegelapan iaitu:
> Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
> Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
> Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
> Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

>>MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s
tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan
kebodohankaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari.
Bersyukurlah NabiIsa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan
dari kejahilan tersebut, iaitu:
> Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang
Maha Esa.
> Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas
ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
> Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu
iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

>>ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa
a.s.Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari
negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita.
Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu
Isyak yang akhir.
Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
> Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
> Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
> Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
> Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.

No comments: