Monday, December 15, 2008

layan.....

1. Who was your last text from?
nani

2. Where​ was your defau​lt pic taken​?​
kat atas tanah

3. Are you a happy​ perso​n?
happy...

4. Your relat​ionsh​ip statu​s?
Single

5. Have you ever lost a close​ frien​d?​
xde ar

6. What is your curre​nt mood?
suke²

7. What'​ s your favor​ite colour​?
coklat

8. If you could​ go back in time and chang​e somet​hing,​ would​ you?
kalo boleh la

9. Have a crazy​ side?
sumtyme la

10. Ever had a near death​ exper​ience​?​
lom pnah lg la...

11. Who Did You Last Hug?
ibuku..

12. Are you mad at anyon​e right​ now?
xde

13. What kind of girl do you hate the most?
hypo la..

14. What'​s stopp​ing you from going​ for the perso​n you like?
ntahla...

15. When is the last time you cried​?​
tyme nk dtg mesir

16. Who would​ you do anyth​ing for?
My loves

17. Are you happy​ with your life?​
Yes

18. Whats​ your favor​ite numbe​r?
3

19. Is there​ someo​ne that you will never​ stop lovin​g?​
de aku nyer family..

20. Is it attra​ctive​ to you when a guy/girl smoke​s?​
Sometimes
kureng la..

21. Do you get scare​d easil​y?​
ikot keadaanla..

22. Do you speak​ any other​ langu​age?
Arabic

23. Do you have any pets?​
de kucing adik aku..hahaha

24. Descr​ibe your life in one word?​
Simple

25. Have you ever kisse​d in the rain?​
nope

26. What are you think​ing of right​ now?
exam

27. What shoul​d you be doing​ right​ now?
santai n t'menung

28.Who are you think​ing of right​ now?
de ar mane leh bg tau..hahaha

29. What song are you liste​ning to?
rock kapak

30. Who was the last perso​n you told I love you to?
x igt la

31. Who was the last perso​n who you yelle​d at?
xde kot

32. Do you act diffe​rentl​y aroun​d the perso​n you like?
insan base jer..

33.What is your natur​al hair colour​?​
hitam mngurai

34.Who was the last perso​n to make you smile?​
My family

35. Who am i tagging next?
ntah..tgk ar sape nnt..


sape2 yg nk layan 35 soklan ni amik la...sile kan...
wat suke2 hahaha....

Monday, September 15, 2008

kepahitan...

kepahitan dalam khidupan..
mengajar kite erti kehidupan yg sebenar....
tanpa meredah ranjau kepahitan dalam kehidupan...
maka tiada la nikmat kemanisan dlam kehidupan....
akan tetapi dlam mnempuh kepahitan kehidupan....
aku hampir tersungkur akn tetapi
harapan dlam kehidupan m'bwaku tok troskan langkah..
mnuju ke penghadapan...
aku hanye insan biasa yang maha lemah...

Tuesday, June 24, 2008

asal-usul solat...

>>SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s.,
iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara
pertama yang di lihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang
amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s.pun
bersembahyang dua rakaat.
> Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan
malam.
> Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

>>ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim
a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar
menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada
waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
> Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
> Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga
anaknya.
> Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
> Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan
kibas.

>>ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.
tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun
telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah
masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat
rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4
kegelapan iaitu:
> Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
> Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
> Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
> Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

>>MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s
tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan
kebodohankaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari.
Bersyukurlah NabiIsa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan
dari kejahilan tersebut, iaitu:
> Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang
Maha Esa.
> Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas
ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
> Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu
iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

>>ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa
a.s.Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari
negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita.
Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu
Isyak yang akhir.
Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
> Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
> Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
> Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
> Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.

aku tanpamu..

kesunyian diri tanpa cinta tanpa pelengkap si adam...
mnambah akan kesepian hati ini..
tanpa mnoleh akan cinta si pelengkap si adam..
diri ini yakin pada cinta yang kekal abadi..
cinta pada yang mencipta pasangan adam...
cinta lillahi rabbi...

Monday, June 16, 2008

cinta pasangan insan

Jangan kerana cinta kita gugur.
Jangan kerana cinta, prinsip akan menjadi larut cair.
cinta tak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik kepada percintaan
Bahkan ditaqdir Nya, cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurgawi ilahi – tempat pertama melahirkan cinta KesetIaanlah yang mengikat cinta.
kecurangan akan meranapkan cinta.
Sebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus di kekalkan.

khutbah Tuan Guru Nik Aziz

Sunday, May 18, 2008

kalau mahu bercinta...

manusia kalau nak b'cinta kne cinta pade cinta baru boleh b'cinta...
jadi kalo manusia yang tidak mengenal pade cinta,maka ia akan cinta pade bukan cinta...
yang mm'bawe kepade kehinaan....
jdi kenalila cinta dengan menyintai pada yang memberi mawaddah dan rahmah....
iaitu ALLAH YANG PENGASIH LAGI MAHA PENGASIHANI dan RASULULLAH...
sebelum menyintai yang lain...

renung²kan...

Saturday, May 17, 2008

perbualan iman dan diri

Iman : Assalamualaikum, bos

Diri : Waalaikumussalam wbt.lama tak
nampak awak.Awak cuti ker?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan
tak memerlukan kami lagi..

Diri : Laa..kenapa pulak awak cakap
camtu? pentadbiran diri saya
berterabur sekarang bila jabatan kau
takde..

Iman : Takdelah, kami lihat banyak
pekerja tambahan tuan ambil.
VCD,SMS,TV ..
jadi kami rasa terpinggir

Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni
saya tak pernah menggaji mereka.Tapi
merek a terlalu rajin buat kerja,
bekerja tanpa gaji,tapi banyak gak
duit saya habis…entah ar

Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan
memencilkan kami. Al Quran, Zikir,
mathurat, solat Malam tak boleh
bekerja dengan mereka..kami memang tak
boleh bercampur dengan mereka..

Diri : Saya tak pernah minta kau
bercuti

Iman : Bagaimana kami ingin bekerja
sedangkan tuan sudah punya pekerja
tambahan? Saya lihat mereka buat tuan
gembira..

Diri : Argh, gembira apanya.. Berterabur kerja kat pejabat tu!! Tolonglah, bekerjalah dengan saya
kembali

Iman : Kami sememangnya sudah
berkhidmat dengan tuan dari tuan di
dalam rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan
kadang-kadan g mengabaikan kami. Tuan
sediakan makanan untuk bos pekerja
tambahan, En Dosa, tapi kami, tuan tak
sediakan makanan. Kebajikan kami tak
terjaga…

Diri : Maafkan aku. kembalilah bekerja
dengan saya. Saya janji kebajikan kamu
semua saya jaga,En Iman.

Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO
kita akan memantau tuan, Dialah
Allah.Tuan takkan tak takut menabur
janji tapi melupakannya?

Diri : Janganlah menyalahkan saya.

Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya
bekerja di dalam syarikat yang bersih,
dan amanah..Bukanlah saya nak
memandang rendah pada jabatan baru En
Dosa, tp kami tidak suka cara mereka
bekerja. mereka meminggirkan kami

Diri : Dah awak tak melawan?

Iman : Tuan, bagaimana kami ingin
menang? Kami terlalu lemah, sedikit
pula tu, kebajikan kami langsung tuan
tak jaga..Sedangkan kami tidak pernah
meminta gaji dari tuan.Cuma kami minta
disediakan ruang yang bersih dan
amanah untuk kami bekerja. salahkah
kami meminta yg sedikit?

Diri : Mereka kadang-kadang lebih
menggembirakan saya

Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak
dapat rasanya kami bekerja untuk tuan
lagi.Tuan perlu memberi kebajikan
kepada mereka.Siapalah kami..

Diri : Ehh, jangan..
Bekerjalah dengan saya

Iman : Buanglah pekerja itu..Mereka
meminta-minta dari tuan.Tuan perlu
berhabis jutaan ringgit untuk mereka.
Sedangkan kami, percuma khidmat kami

Diri : Aduh, mereka pekerja yang
menggembirakan saya.Memang kamu
percuma, tapi kamu kadang-kadang
bis ing, ini tak boleh, itu tak
boleh..saya rimas

Iman : (senyum sinis)..Maafkan kami
tuan..kami minta diri dulu..tak
perlula h kami berkhidmat dengan tuan
kalau begitu..Kalau tuan perlukan
kami, kami sentiasa di sisi..Tuan
jangan risau, kami maafkan tuan..

Diri : Jangan pergi..saya sanggup
pecat En Dosa..dan ahli
jawatankuasa nya, vcd, majalah yang
melalaikan, dan sbagainya

Ima n : Tuan betul-betul sanggup?

Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang..Tak
tenang,management berterabur..

Iman : Alhamdulillah. .kami free of
charge..Tuan takkan rugi, sebaliknya
tuan beruntung besar..Silap hari
bulan, CEO, Allah kita akan naikkan
tuan ke pangkat yang lebih tinggi

Diri : Terima kasih..=)Panggillah ajk
kamu bekerja semula. En Iman, saya
akan jaga kebajikan kamu, panggillah
En mathurat, En Zikir, En Solat,dan
semua ahli jabatan akalmu ya?

Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan
tuan bergada-ganda tahun ini dan
seterusnya

Diri : Terima kasih pegawai
kewanganku .

mari kite renung2kan p'bualan ni sambil2 kite memuhasabah diri...
salam renungan...

Sunday, May 4, 2008

jangan kau berputus asa

gerbangmu terbuka mencabar ku..
melangkah menurut rasa rindu..
biar pun nanti..
antara kita ada yang mungkin terkorban
biar pun nanti..
kita terhukum kerana melanggar kebiasaan
cinta tak pandang tak kira siapa ia akan...
mencuba selagi mana pencinta terdaya menahannya..
diakan di cuba..
sebelum gugur tercalar jiwa parah
jangan kau gugurkan air mata
sebelum putus tali tuhan yang esa
jangan kau berputus asa
nada mu menangis menggugatku
dekati dirimu yang ku rindu
biar pun nanti
antara kita ada yang mungkin menyesal
biar pun nanti
kita terpaksa membayar harga yang....
tak setimpal..

Monday, April 21, 2008

K..A ka W.A.N wan....KAWAN

1)kawan tu bkn mcm maen FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak..

2)kawan tu bkn mcm maen SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak..

3)kawan tu bkn mcm maen RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..

4)kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..

5)kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.

6)kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..

7)kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..

8)kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. skejap ade skjp tak..

9)kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi katsana ambik.

10)lagi.....kawan tu mcm ape ye???? Haa..kawan tu mcm AWAK LA. . bila saya hantar msg, awak akan baca msg saya dgn teliti sampai habis.

Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya.. :)

Monday, April 14, 2008

pekse



salam....
pekse da dekat da...kitab? masih xabes bace lagi...caner nie...hmmm
jdk da nk pekse ni mari kite bace kitab,abes kan bacaan kitab2 itu...disamping tuh jage la hubungan kite dgn DI ATAS YANG MAHA BERKUASA ATAS SETIAP SESUATU....hubungan kite dgn sesame insan, hubungan kite sesame makhluk..jdk mari kite ssame b'usehe dgn kudrat yg dikurnia kan ALLAH dan mari kite iringi usehe dgn alunan doa dgn penoh rsa tawadhu' memohon agar kite diberi taufiq dan najah diiringi mumtaz amiiinn..dalam peperiksaan dan kejayaan didunia dan diakhirat amiin...

assalamualaikum..

Thursday, March 20, 2008

Wednesday, March 19, 2008

salam maulidurasul...


selawat dan salam NABI MUHAMAD SOLLALLAHUALIHI WASSALAM....
sempena dengan hari kelahiran NABI MUHAMAD S.A.W mari kite m'pertingkatkan,m'pererat dan m'perkuat hubungan kite dengan NABI MUHAMAD S.A.W dengan m'perbanyak selawat keatas rasulullah,rasul junjungan,saiyidul anbia' dan khatimun nabiyyin..

Tuesday, March 18, 2008

cinta dan manusia


“CINTA itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnya yang berlain-lain menerimanya.

Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.” - Ilmuan tersohor Profesor Dr. Hamka

nie 2nd post aku....

aku baru disini...


assalamualaikum...
aku kat blogger ni baru lagi...xtau nk tulis ape...
so skang tgh nk cube try,n sewaktu denganyer la...
hehe....peace no war....